Saturday 31 March 2012

Nisbah Air Dalam Konkrit

Nisbah air dalam konkrit perlu diketahui sebelum melakukan sesuatu kerja bancuhan konkrit.

Jadi bagaimanakah kita ingin menentukan jumlah air yang secukupnya sepertimana water ratio yang telah ditetapkan?




Tidak seperti menggunakan designed mix ataupun batching plant dimana air dapat disukat sepertimana dikehendaki oleh Standard Specification of Building ;

Ada 2 jenis cara bancuhan konkrit yang dinyatakan dalam spesifikasi bangunan iaitu
a) Prescribed Mix
     biasanya untuk kerja - kerja minor/kecil dan tidak memerlukan bahan tambah (admixture)
b) Designed Mix
    atau lebih dikenali sebagai ready mix akan mematuhi kehendak dalam MS 1195. Kandungan simen dan nisbah maksima air : simen dirujuk pada jadual 6 dibawah ;




Jadi, untuk kerja prescribed mix ini, pastinya ada nisbah untuk maximum free water : cement ratio sepertimana juga untuk designed mix. Jadual ini boleh dilihat dari 2 aspek utama iaitu nisbah dengan menggunakan isipadu ataupun berat. Kebiasaanya berat diukur dengan menggunakan isipadu.



Jadi bagaimanakah pemantauan dilakukan ataupun bagaimanakah bancuhan ditapak ini perlu dilakukan untuk mematuhi nisbah air yang ditetapkan?

Kebiasaannya ditapak bina, bancuhan konkrit itu dilihat dari segi kelekitan bancuhan itu sendiri dan ini biasanya dibuat oleh pekerja yang berpengalaman. apa yang penting ialah nisbah bancuhan material untuk konkrit itu sendiri. 

Bancuhan itu kemudiannya di uji dengan menggunakan kaedah slump test. dan jika gagal, bancuhan itu akan ditambah air jika terlalu keras, dan akan ditambah material mengikut nisbah yang ditetapkan.

setelah selesai, cube test akan dibuat dan kerja - kerja konkrit boleh dimulakan.