Sunday 1 April 2012

Jenis Rekabentuk Cerucuk


Cerucuk direkebentuk sebagai:

1.    Cerucuk geseran (friction pile)

2.    Cerucuk tanggung hujung (end bearing pile)

Kebiasaannya, kebanyakan cerucuk – cerucuk yang digunakan mempunyai gabungan kedua – dua fungsi seperti yang tersebut di atas iaitu geseran dan tanggung hujung.


CERUCUK GESERAN (FRICTION PILE)

  • Cerucuk jenis ini akan menbawa beban super struktur dan menyebarkan beban tersebut kepada tanah disekitarnya dengan cara geseran di antara  permukaannya dengan tanah.
  • Cerucuk jenis ini juga digunakan di tempat yang mempunyai tanah liat yang dalam dan tanah kelodak yang lekit.
  • Cerucuk ini juga digunakan sebagai alternative terhadap penggunan asas rakit (raft  foundation)
  • Cerucuk geseran mempunyai kesan yang boleh membawa ‘presure bulb’ keparas tanah keras yang dapat menampung tekanan bebanan daripada super struktur bangunan. Ini kerana tanah dibahagian atas adalah lemah untuk menahan beban dengan lebih berkesan. Kebiasanannya konkrit pile kelas 1 digunakan (conc.grade 40 atau 40KN/M)
  • cerucuk ini akan ditanam pada kedalaman yang telah ditetapkan ( pile to length )

CERUCUK TANGGUNG HUJUNG (END BEARING PILE)
  
  • Kebanyakan beban ditanggung oleh bahagian hujung cerucuk
  • Kebiasaannya menggunakan cecuruk konkrit kelas 1
  • Ditanam  sehingga mencapai SET ( pile to set )
  • Ujian beban biasa dilakukan
o   Satu minggu selepas cerucuk ditanam untuk kawasa tanah berpasir
o   Dua minggu selepas cerucuk ditanam untuk kawasa tanah liat